Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Salahkan anda bertudung labuh? Menutup bahagian hadapan dada ke bawah melepasi pusat atau paling manis labuhkan di bahagian belakang sekali untuk menutup pinggul itu lagi bagus.
Biar segala HARTA anda BERNILAI itu TERJAGA untuk orang benar-benar ada hak atasnya sahaja. Kerana itu lebih mendatangkan mafaat dan berlipat kali ganda dari orang yang menontonya percuma sahaja.
Jangan murahkan tubuh badan ada di hadam oleh mata yang jahat mereka memang sedap memandang lebih dari sekali atau lebih dari itu mungkin penyedap nafsu dalam diam tanpa kita sedar.
Harus siapakah nilai anda di mata anda sendiri. Bukankah anda tahu tidak
menutup dengan baik dosa akan di tanggung oleh ahli keluarga anda bapa,
abang, adik - adik lelaki anda.. suami anda jika anda telah
berkahwin.
Jadi mohon kasihanilah mereka dengan kesilapan anda kerana
terikut kehendak fesyen katanya. Ingatlah wahai teman ledakan api neraka yang mencanak-canak memanggil-manggil sang pelupa yang sering pura-pura..
Kerana aku adalah hawa dan sayang kamu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan